Pengenalan & maklumat
Biasiswa Pendidikan Tinggi Malaysia (BPTM) dengan kerjasama Prima Gading Corporation Sdn. Bhd. yang dinaungi oleh YAM Tunku Zain Al’ Abidin ibni TUANKU MUHRIZ, Putera kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Tunku berbesar hati menyediakan peruntukan dana sebanyak RM 5 Juta setahun bagi melatih para pelajar dan menyediakan peluang pekerjaan sejurus tamat pengajian peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
Sehubungan itu, Prima Gading Corporation Sdn. Bhd telah ditubuhkan bagi merealisasikan hasrat tersebut. Prima Gading telah melantik beberapa Panel Pengajian Tinggi (PPT) untuk melatih pelajar dan Panel Industri Pekerjaan (PIP) untuk diserapkan dalam pasaran kerja sejurus tamat latihan & pengajian. Kesemua PPT yang dilantik akan menyelaras silibus mengikut keperluan PIP seterusnya melahirkan pelatih yang bersedia untuk bekerja dalam industri.
Melalui usaha ini, kadar pengangguran akan berkurangan dan membantu memacu ekonomi Malaysia ke arah lebih baik. Berikut merupakan video penerangan lanjut mengenai Biasiswa IPT
Memorandum Perjanjian
Bagi memastikan para pelajar dijamin pekerjaan, Sekretariat telah mengadakan beberapa perjanjian dengan Panel Industri Pekerjaan yang terpilih
Para pelajar akan ditawarkan pekerjaan mengikut bidang pengajian yang terpilih seperti:
I. Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma
(Tempoh Latihan: 2-3 tahun);Senarai Jawatan: 1. Jururawat2. Jurupulih Perubatan Fisioterapi3. Juruteknologi Makmal Perubatan4. Penolong Pegawai Farmasi5. Penolong Pegawai Khidmat Pelanggan (Hospital)6. Penolong Pegawai Pengurusan Risiko II. Latihan Separa Perubatan bertaraf Sijil (Tempoh Latihan: 18 Bulan);Senarai Jawatan : 1. Penolong Penjaga Pesakit (Patient Care Assistant)
Testimoni Penerima Biasiswa
“Alhamdulillah saya bersyukur menerima Biasiswa dari Tunku Zain, Syukur dapat RM500 duit poket setiap bulan, serta penginapan di kondominium ditanggung 100%.”
Tasnim malek
penerima biasiswa tunku zain al-‘abidin
“Saya tak pernah terfikir untuk mendapat biasiswa ini, saya dapat duit belanja dan paling best kami akan ditawarkan peluang kerja di hospital terpilih setelah tamat pengajian.”
wen xuan yew
penerima biasiswa tan sri sharifah hapsah
“Seperti mimpi menjadi kenyataan kerana adanya peluang biasiswa seperti ini, saya berterima kasih kepada ICAN College dan Sekreteriat Biasiswa dan Bantuan Kewangan BPTM.”
